ASA YANG TERTINGGAL

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan anda sampai kamu melupakan kegagalan anda dan rasa sakit hati".(zenis'80)

Selasa, 12 Mei 2009

Ketika Cinta Hadir.....Nuansa Islam

Ketika cinta telah hadir di dalam hati setiap manusia, bersyukurlah, bahawa itu adalah

kurnia terbesar yang diberikan Tuhan kepada hambaNya. Namun tetap yakinlah bahawa

cinta hakiki hanyalah cinta kepada Yang Maha Penguasa, Yang telah menciptakan segala

sesuatu berpasang-pasangan, ada siang dan malam, ada hitam dan putih, ada lelaki dan

perempuan, ada susah dan senang, dan masih banyak lagi, agar manusia mensyukuri nikmat

yang telah diperolehinya.

Telah diketahui bersama bahawa pada umumnya ion positif pasti akan bertolakan jika

bertemu dengan ion positif pula, tetapi bila dipertemukan dengan ion negative maka akan

saling bertemu. Begitu pula manusia normal, rasa suka, senang dan cinta boleh terjadi

terhadap lawan jenis. Perempuan pada umumnya pasti akan menyukai lelaki, begitu juga

sebaliknya. Semua itu adalah fitrah, atas kelebihan yang telah diberikan Sang Khalik

kepada setiap makhluk ciptaanNya.

Manusia adalah makhluk ciptaanNya yang paling sempurna. Pada diri manusia terdapat dua

jenis dorongan hidup yang senantiasa mendorong untuk melakukan kegiatan dan keinginan

pemuasan pada dirinya.

Pertama ialah Keperluan Jasmani ( hajatu al-'Udhawiyah ) seperti makan, minum,

membuang hajat, dan sebagainya. Keperluan ini menuntut pemenuhan dan pemuasan yang

pasti dimana jika manusia tidak memenuhi keperluan ini, manusia akan mati. Contohnya

manusia akan mati akibat kebuluran, kehausan ataupun ketiadaan oksigen untuk

pernafasan.

Kedua; adalah Naluri ( gharizah ) yang menuntut adanya pemenuhan dan pemuasan hajat.

Jika pemenuhan ini tidak dipenuhi, manusia tidak akan mati tetapi sebaliknya manusia akan

merasa gelisah hingga ia dapat memenuhi keperluan tadi. Naluri manusia telah

dikategorikan oleh Ulama Islam kepada 3 macam iaitu Naluri Menyembah / Beragama

( Gharizah al-Tadayyun ), Naluri Seksual ( Gharizah al-Nau' ) dan Naluri Bersaing

( Gharizah al-Baqa' ). Contohnya, manusia tidak akan mati jika tidak melakukan

persetubuhan ( bagi suami-isteri ) tetapi hati dan perasaannya akan senantiasa tidak

tenteram dan gelisah. Begitu juga dengan orang yang sedang jatuh cinta, sentiasa gelisah

ingin selalu bersama kekasihnya kerana ingin memenuhi pemuasan naluri seksualnya

walaupun hanya dengan memandang wajah kekasihnya atau berbual bersama.

Ternyata sukar ya mengendalikan naluri itu, apalagi di zaman sekarang batas-batas ruang

dan waktu hampir tidak ketara lagi. Yang jauh boleh menjadi dekat, yang sedih menjadi

gembira, yang hilang pun dapat ditemukan kembali.

Berbalik lagi ke persoalan cinta. Kalau ditanyakan apakah sudah pernah merasakan cinta

atau belum, setiap orang pasti pernah ya merasakan cinta, apalagi cinta kepada orang yang

sangat kita sayangi. Tetapi dahsyatnya, kekuatan cinta kadang membuat orang jadi mabuk

( yang jelas bukan mabuk udara atau lautan ). Cinta boleh datang dan pergi begitu sahaja,

boleh dengan sebab musabab atau tanpa sebab musabab sekalipun. Sungguh aneh cinta itu.

Jika ditanya, pernahkah saya merasakan cinta itu? Jujur sahaja jawabannya iya. Tetapi

ingat, tidak semua cinta harus diungkapkan dengan kata-kata. Terkadang cinta harus

berkorban, cinta pun tidak selamanya harus saling memiliki. Cinta itu buta? Kadang boleh

membuat kita semakin cinta namun terkadang jika ia telah hilang akan membuat hati

menjadi benci. Cinta bukan bererti rayuan, cinta bukan pula kata-kata romantis, tetapi

cinta adalah anugerah, yang tidak pernah mengenal bentuk dan raga, tidak berwujud,

tetapi dapat dirasakan.

Kalau boleh mengutip lagunya Siti Nurhaliza, salah satu bait syairnya mengatakan

" Cintaku bukan di atas kertas, cintaku getaran yang indah?" Jadi itulah cinta, tidak ada

kata yang dapat melukiskan semuanya, hanya rasa yang dapat dimanifestasikan. Oleh

kerana itu, jangan terlena dengan cinta, ia dapat membuat hatimu menjadi bahagia, tetapi

dapat pula membuat hatimu hancur berkeping-keping.

Ada sedikit renungan buat anda yang merasakan kehadiran cinta agar dapat dikendalikan

dengan baik :

1. Kembalikan segalanya kepada sang Khalik, perbanyak mendekatkan diri kepadaNya,

minta dan mohonlah kemudahan dalam segala urusan.

2. Jaga sikap, jaga hati, untuk tidak terjebak godaan syaitan, berbuatlah segala

sesuatunya sewajar mungkin, ingat, hati ini terkadang sering dibolak-balik oleh perasaan

sendiri, ketika kita suka, belum tentu lawan kita juga suka, begitu pula sebaliknya.

3. Jangan mudah tergoda rayuan, khususnya bagi kaum wanita. Wanita itu ibarat bunga

mawar di halaman rumah yang indah lagi wangi, jika ada yang menginginkannya maka yang

berkepentingan harus meminta izin dahulu kepada yang memilikinya.

4. Jangan berdiam diri berdua-duaan, kerana syaitan dapat dengan mudah mengganggu.

5. Kalau memang sudah saling menyukai, kenapa tidak teruskan hajat yang suci itu dengan

masuk melamar, selepas itu undanglah teman-teman, saudara-mara dan jiran sekampung,

insyaAllah banyak pahalanya lagi.

Salam manis untuk sebuah kata yang bernama CINTA. Masuk dan mendekatlah pada diriku

di saat yang tepat! Tetapi jangan kau buat aku menjadi terlena!

0 Komentar:

Posting Komentar

Berlangganan Posting Komentar [Atom]

<< Beranda